Make your own at ProfilePitstop.com
WeLcOMe tO My BLOG..(^_^)

Read More..
Refleksi 1
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Terlebih dahulu yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21 ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengira, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran belajar dan bekerja kemahiran pengurusan diri dan kompetitif, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kemahiran fizikal, kemahiran estetik dan sebagainya. Seterusnya, transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 adalah seperti berikut :

• Mempunyai pengetahuan yang bersepadu, mendalam dan mencukupi mengenai sesuatu bidang pengkhususannya dan ilmu-ilmu sampingan yang lain. Seorang guru itu perlulah menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

• Guru perlu peka untuk memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Kepekaan guru dapat menilai sama ada murid-murid berminat untuk meneruskan pelajaran pada sesuatu masa atau tidak. Guru yang peka akan menyedari bahawa murid akan giat belajar hanya apabila mereka giat. Secara keseluruhannya, faktor peribadi guru, keilmuan dan kemahirannya menarik minat murid amat penting untuk merealisasikan matlamat pendidikan dalam membentuk generasi baru yang mempunyai kemahiran abad 21.

• Guru mestilah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

• Guru hendaklah berwawasan, perintis mengenai sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

• Guru perlulah sentiasa berusaha mencapai tahap kecemerlangan. Selain memiliki kelayakan asas, guru mestilah sentiasa bersedia menghadiri kursus dalam perkhidmatan, kursus dalaman dan kursus-kursus lain yang berkaitan dengan perguruan bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran terhadap teknologi terkini dalam bidang pendidikan.

Refleksi 2
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah ialah:

• Saya sendiri akan mengaplikasikan dan memperbanyakkan penggunaan kemudahan ICT di sekolah seperti penggunaan powerpoint semasa sesi pengajaran, montaj atau video klip sebagai set induksi, bahan bantu mengajar atau sebagai pengukuhan serta renungan kepada pelajar. Dengan itu, dapat menarik minat guru-guru lain untuk menggunakan dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah.

• Mewujudkan kelas khas kepada guru-guru pada waktu lapang tentang penggunaan ICT kepada guru-guru. Dalam kelas tersebut, saya akan sedaya upaya membantu dan memberi tunjuk ajar kepada guru guru yang kurang mahir dengan penggunaan perkakasan ICT.

• Mengadakan seminar, kursus, latihan dan bengkel khas khusus berkaitan dengan ICT kepada para guru. Dalam program tersebut, guru-guru akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penggunaan ICT disamping mengetahui kelebihan penggunaan ICT di sekolah.

• Mengadakan minggu ICT di sekolah seperti melekatkan poster serta mengedarkan di setiap sudut kawasan sekolah tentang kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Mencipta laman web dan blog sekolah dan memasukkan pelbagai maklumat tentang aktiviti dan program persekolahan. Oleh itu, guru-guru lain boleh mengakseskan dan memuat turun maklumat tersebut

Refleksi 3
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya membolehkan saya mengawal proses pembelajaran saya secara atas talian ialah sentiasa peka terhadap maklumat-maklumat yang dimasukkan secara atas talian. Seterusnya, saya gemar untuk meng ‘explore’ dan ingin tahu lebih mendalam sesuatu pengajaran yang diajar oleh ustaz dalam pembelajaran atas talian ini seperti movie maker, ulead video, photo funia dan lain-lain.

Di samping itu, kemahiran komunikasi secara atas talian membantu saya melibatkan diri dalam mengawal proses pembelajaran secara atas talian seperti memberikan respon terhadap komen atau persoalan teman-teman yang lain serta mengajukan soalan terhadap sesuatu perkara yang tidak tahu atau kurang pasti dalam moodle ADEC bagi subjek ini.

Selain itu, kemahiran membaca juga banyak membantu saya mengawal proses pembelajaran ini di mana saya akan membaca tiap-tiap komen, pendapat dan cadangan ustaz dan teman-teman yang lain. Setelah membaca pelbagai maklumat, komen, respon, refleksi, pandangan orang lain dalam moodle ADEC bagi subjek ini, saya dapat menimba banyak pengetahuan, pengalaman yang sebelum ini saya tidak ketahui serta menilai pandangan orang lain melalui perspektif saya sendiri.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya saya boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian ialah pro-forma subjek, arahan yang jelas dan nyata tentang sesuatu tugasan, maklumat-maklumat lebih lanjut mengenai isi pelajaran seperti nota-nota yang berkaitan sama ada dalam bentuk doc file, pdf file, artikel, jurnal, powerpoint, software, programmer dan lain-lain yang berkaitan. Seterusnya, sediakan link-link yang berkaitan sesuatu topik pengajaran yang disampaikan bagi memudahkan saya untuk mengakses sesuatu laman web atau blog. Selain itu, ruangan komen dan cadangan juga perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya saya boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian ialah pertama sekali guru hendaklah menyediakan satu blog khas mengenai sesuatu pengajaran dan url blog tersebut diberikan kepada setiap murid. Di dalam blog tersebut, guru hendaklah menyediakan link-link yang berkaitan dengan sesuatu topik pengajaran yang hendak diajar. Dengan itu, ia akan memudahkan murid-murid untuk mengakses terus link yang dikehendaki oleh murid, Mereka tidak perlu bersusah payah mencari sesuatu maklumat yang dikehendaki di mana-mana enjin gelintar seperti di google, yahoo dan lain-lain.

Seterusnya, guru perlu menyediakan nota yang berkaitan dengan topik pengajaran supaya maklumat yang diterima oleh murid tidak bercanggah dengan maklumat yang dikehendaki oleh guru. Di samping itu, guru juga perlu meletakkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti video klip, montaj, powerpoint, latihan-latihan pengukuhan dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu topik pengajaran. Dengan adanya bahan-bahan tersebut dapat membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran mereka secara atas talian.

Refleksi 4
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:
1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Pertama sekali saya tidak nafikan bahawa saya berasa agak terkejut kerana diberikan tugasan untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia. Lagipun, tugasan ini bersesuaian dengan nama subjeknya sendiri iaitu Multimedia Dalam Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun, saya tidak menggangap tugasan ini sebagai satu tugasan yang membebankan. Sebaliknya saya rasa bersyukur, agak seronok serta beruntung kerana berpeluang untuk menyiapkan satu koswer walaupun pada hakikatnya saya tidak mempunyai basic dan pengalaman untuk menyiapkan tugasan seperti ini sebelum ini. Saya dapat belajar teknologi baru dengan cara terus mencuba dan dapat mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya akui tugasan ini memang mencabar kerana ia memerlukan daya kreativiti dan inovatif yang tinggi serta perancangan yang teratur dan sistematik untuk menghasilkan satu koswer yang menarik, interaktif, efektif dan mudah difahami dan digunakan oleh murid-murid serta dapat menarik minat murid. Pada awalnya, saya agak kurang memahami tugasan ini, tetapi berkat bimbingan dari ustaz, saya dan rakan-rakan sekumpulan sedaya upaya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan bantuan rakan-rakan lain yang mahir tentang tugasan ini.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda
menjalani praktikum nanti?

Pada pendapat saya, projek ini AMAT MEMBANTU saya ketika saya menjalani praktikum nanti kerana projek ini memerlukan peringkat perancangan yang sistematik bagi menghasilkan sesuatu produk yang diinginkan. Projek ini juga membantu saya ketika menjalani praktikum nanti kerana memerlukan kami sebagai guru mempunyai daya pemikiran kreativiti yang tinggi untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menghasilkan pelbagai aktiviti dan latihan. Melalui aktiviti dan latihan-latihan tersebut, saya dapat mengaplikasikannya apabila menjalani latihan mengajar nanti.

Selain itu, projek ini membantu saya kerana ia bertujuan untuk menghasilkan modul pengajaran dan koswer pembelajaran yang interaktif. Oleh itu, ia mengandungi pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Di samping itu, kandungan projek seperti ini bukan sahaja mengandungi nota pengajaran tetapi disertakan dengan pelbagai latihan yang dapat menarik minat audiens yang menggunakannya khususnya murid-murid.

Perjalanan projek ini juga banyak membantu saya supaya memikirkan bagaimana untuk menghasilkan sesuatu bahan pengajaran yang dapat membantu meningkatkan daya kefahaman murid-murid tentang sesuatu topik yang dipelajari. Oleh itu, dengan adanya projek sebegini dapat mengembangkan dan meluaskan lagi idea saya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di dalam kelas ketika saya menjalani latihan mengajar nanti.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Sekiranya saya fasilitator atau tutor kelas ini, saya akan menukar kaedah penilaian tugasan ini kerana bagi saya penilaian berasaskan bintang berdasarkan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan tidak cukup untuk menggambarkan tahap atau kualiti sesuatu produk dan hasil pembentangan yang dilakukan. Sekiranya penilaian melibatkan sistem pemberian angka seperti memberi markah 1-10 ataupun pemberian secara peratus adalah lebih baik supaya dapat memudahkan dan membantu tutor kelas memberi markah keseluruhan kepada sesuatu produk dan hasil pembentangan yang dilakukan.

Refleksi 5
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sepanjang pemerhatian saya semasa mengambil subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam semester ini, saya dapati sukatan pelajaran subjek ini amat sesuai dan saya berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah. Namun, saya ingin mencadangkan supaya pada masa yang akan datang, pensyarah hendaklah memberikan setiap pelajar pro-forma supaya pelajar dapat melihat secara keseluruhan tentang subjek ini. Dengan pemberian pro-forma tersebut, pelajar yang mengikuti subjek ini dapat mengetahui senarai tajuk-tajuk yang akan diajar oleh pensyarah sepanjang satu semester.

Dari segi pemberian tugasan pula, saya dapati pensyarah mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam mengenai multimedia dan telah memberikan input yang banyak kepada kami sebagai pelajarnya. Saya juga amat tertarik dengan cara yang digunakan oleh pensyarah dalam memberikan tugasan kepada kami kerana kami diberikan peluang untuk belajar teknologi baru dengan cara terus mencuba dan pada masa yang sama kami juga mengalami pedagogi yang digunakan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pensyarah hendaklah lebih mendedahkan dan menunjukkan kepada pelajar cara-cara untuk menghasilkan satu koswer yang menarik dan interaktif dengan menggunakan perisian dan software yang sesuai dan mudah dipelajari oleh pelajar dalam menghasilkan satu koswer.

Secara keseluruhannya, saya berasa amat seronok mempelajari kursus ini secara teori serta praktikal dan telah mendapat pelbagai input dan pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini. Harapan saya agar sukatan subjek ini hendaklah ditinjau dan dikaji semula tentang keberkesanan pengajarannya kepada pelajar. Semoga mutu sukatan atau silibus subjek ini akan dapat lagi dipertingkatkan dan diperbaiki pada semester yang akan datang agar semua pelajar yang mengambil kursus ini mendapat manafaat yang sama.

Read More..